Pembuka

Everything at your own risk. :)

Friday, May 29, 2009

lepas tangan....

Alkisah ade la satu hamba Allah ni, punya laa hebat sampai orang sengaja bagi die naik pangkat semata-mata agar die berpindah dari pejabat mereka.

hebat ker?
kalau die sengaja wat perangai supaya orang benci die bg mendapatkan peluang naik pangkat, sesungguhnya die mmg hebat.

sampahkah die?
sampah laa die kalau die langsung x sedar bahawa semua orang sengaja memberi peluang kepada die agar tidak kelihatan lagi mukenye disitu.

saje luahkan ketidakpuashatian hati aku pada org yg pangkat lg tinggi dari aku tapi xtau buat keje, siap tunggu arahan dari aku lak. sengal n xmalu sungguh terima arahan dari org bawahan.

adiosssss.....

Thursday, May 21, 2009

Menumpang kasih

Kelmarin main badminton. Kejohanan bergu tertutup opis aku. menang. dpt #1. tp bosan sebab aku dpt partner terer giler. so kirenyer aku ni menumpang jer laa. nk buat mcm mane? dh dorg pakai undi sape geng sape. yang bosannyer, walaupun aku menyumbang kearah kemenangan tu, org ttp ckp " kalau letak sape pun dgn si polan tu, menang jugak". pade aku betul la ape org ckp, tp kalau letak kambing jd partner die, boleh jugak die menang, tapi xboleh laa blasah pihak lawan. sebab tu bile aku jd partner die, ktog senang2 jer menang. average pihak lawan dpt 5 point jer.
so disebabkan ni laa aku xpuas ati. walaupun aku menyumbang tp ttp xdiberi perhatian yang sewajarnye. ape dorg ingat aku ni xreti main ker.

anyway that the way life is.

Saturday, May 9, 2009

Samurai Dijumpai Di Bukit Katil

SAPA YANG CURIK PEDANG AKU HAH????????

Semalam......
hari itu aku hanya duduk sahaja di serambi. tak tau apa yang aku pikirkan. macam2 yang aku pikirkan. tapi satu pun tak ada hujung pangkalnya. dalam aku melayan fikiran, dari jauh kedengaran orng memanggil namaku. "Li... li.... LIIIIIIIII", aku tersentak. lastas ku pandang arah datangnya suara itu. aku tersenyum.

Hari ini.......
Aku bangun dan terus berjalan kearah matahari terbit. kearah sesuatu yang begitu menarik minatku. Nun diatas sana. Namun hari ini aku hanya mampu melihat dan memulakan langkahku kearahnya. Aku memandang kebelakang, rumah ku masih kelihatan. terdetik dihatiku, sudah terlambatkah perjalananku ini?apakah mampu aku sampai kesana sebelum senja menjelma?

Esok.....
Langkah yang teratur terus ku hayun menyusuri denai. Aku hanya mampu berharap agar segala usaha ku di rahmati. segala penat lelah semalam hari ini akan membuahkan hasil. keyakinan yang perlu aku tanamkan. segala usaha telah dicurahkan sebaik mungkin. Doa juga telah kupanjatkan, cuma tinggal aku berserah kepada tuhan yang satu.

Aduih..... ape saje laa aku ni.

Tuesday, May 5, 2009

Hmmmm....

its been too long since the last post. it's not because i don't have time, but because i have so much free time. when i have free time, i'll just play game. and most of my friend know if i'm playing game, not even "Tabligh" people that come from house to house can take my attention away from playing game. hahaha.... that make me remember that day when all my housemate cursing me because i'm sending Tabligh into their room while i continue playing game.

anyway banyak yang berlaku dalam tempoh dua bulan aku x menulis kat sini. kawan2 byk yg mengakhiri zaman bujang, anak aku masuk wad sebab demam panas(tapi dh sihat alhamdulillah), dapat keputusan PTK yg aku x puas ati, dpt sepupu baru, adik sesusuan aku mengandnug anak pertama dan macam2 lagi laa. dan satu yang paling aku rase xpatut berlaku dalam dunia ni ialah aku dapat anugerah cemerlang, tapi nk buat mcm mane org dh bagi kat aku. orng biasanye bangga dpt anugerah mcm ni. tapi aku xbangga, aku malu. kenape? sebab aku tau mcm mane aku kerja. xpatut dpt. byk lagi org lain yang lebih cemerlang dari aku. ape2 pun mungkin ini salah satu ujian tuhan utk aku, apakah aku dpt mencapai tahap yg org lain percaya aku telah capai?.

ape2 pun lepas ni aku mungkin aktif sikit menulis kat sini sebab untuk lepaskan tensen buat keje bagi mencapai yang lebih baik lagi. korang mesti xpuas ati dgn aku kenape makin buat keje kene blogging plak? tu bukan keje namenye. tu membazir mase. :p. aku ade bace dlm kajian mane ntah. pekerja yang melayari web ketika bekerja 30% lebih produktif dari yg x melayari internet.
tapi bukan yang heavy internet surfing laaa.hanya beberapa minit supaya otak boleh tenang semula.

k laa till the next time....