Pembuka

Everything at your own risk. :)

Thursday, September 25, 2008

Layan Blues

Hobi. dulu mase aku sekolah cikgu aku ckp hobi ni aktiviti untuk memenuhkan masa lapang. so macam² la aktiviti yg cikgu aku bg. kumpul setem, memancing, menyanyi, tido(???), kumpul syiling dan macam² lagi lah... dulu biler cikgu aku tanyer ape hobi aku, aku suke ckp memancing. tp memang betul pun, sebab aku memancing biler ade mase lapang n kalau aku balik kampung cuti sekolah. skang ni aku dh jarang sgt memancing, bukan xde mase tp xtau laa aku cume dh xminat kot.

sebut pasal memancing ni aku tringat satu cerite mase aku kat sekolah asrama dulu. dulu² otak aku ni ade problem skit, tp xnyusahkan org just nyusahkan diri jer. dijadikan cerite kat sekolah aku ni dulu ade laa kolam ikan sedalam 1 kaki diantara dua bangunan kelas. dan dijadikan cerite jugak aku ade laa sorg kawan yg mempunyai otak yang sukar untuk dikawal dengan membawa gelaran "Ranau". maka apabila bertembung je 2 org sahabat ni tercetus laa idea untuk memancing. masalahnyer memancing memang xde masalah tapi caranyer jer yg bermasalah. mau x masalah. ade ker ktorg mancing dari tingkat 3 yang bersamaan dengan aras 4. tali pancing ktorg gunekan benang nilon dan mate kail plak pin tudung yg dbengkokkan. maka bermulalah aktiviti memancing. ktorg ni memangcing penuh etika, bile dpt ikan lepaskan semula, tp pelepasannye secara "free fall".muhahahaha. satu yang aku belajar ialah ikan kalau kite campak dari tingkat 3 kedalam kolam yang mempunyai kedalaman 1 kaki, maka ikan tu xkan terkene pada dasar kolam. perkara ini bolehlah dibuktikan dgn persamaan h=(ma+F)/ir²* :p. maka bermulalah xperimen untuk menentukan berapakah daya yang diperlukan bagi menyebabkan seekor ikan terhantuk kepalanye kedasar kolam apabila dilemparkan dari tingkat 3. (anak² dinasihatkan jgn mencuba xperimen ini).maka byk lah ikan² yg telah menyumbang untuk xperimen yang akan menentukan masa depan manusia ini. segalanya berjalan lancar sehinggalah datg sorg warden asrama yg bernama "panjang"(walaupun die xtinggi sebenarnya). maka bertempiaranlah ahli² saintis muda tanpa dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Aku sebenarnye nk cerite pasal lain tapi boleh teringat plak zaman nakal². ape yang aku nk kaitkan dengan hobi n memancing ni bukannye berkenaan cerite aku, tp kekesalan aku terhadap hobi yg menguji kesabaran ini. hobi yg begitu baik telah disalah gunakan oleh sesetengah pihak. yang paling aku kesalkan sesetengah org memberi alasan hobi memancing apabila saban hari xkira siang malam untuk g memancing. kalau sape² tegur terus marah² dengan alasan kenapa die xboleh ade hobi??? klau dah xingat balik rumah tu bukan hobi sebab hobi untuk masa lapang bukan sepanjang masa. so kepada abg², kakak² kalau dh hobi tu buat la care hobi. jgn jadi gile babi. di sebabkan aku telah melalut dari tajuk asal, maka tajuk telah ditukar dari "Perubahan" kepada "Layan blues"

ops lupe lak.... persamaan bertanda * diatas jangan digunakan untuk menjawab soalan spm kerana dikhuatiri anda akan ditukarkan ke sekolah berasrama penuh di tampoi atau tanjung rambutan.. muhahahahaha....

4 comments:

Azhan said...

mmg tukang mengarut...

Ali said...

janji bukan tukang carut.

Wak Zailan said...

ini bukan tukang karut or carut... memang overdose ni...

kate Jelani Kengkang.... 'ini bukan RUMAH HARAM........'

Pressure ke ada anak tik?? ko belum sokong Liverpool dah pressure, mcm mane ni??

Ali said...

aku xsokong liverpool...
jiwang² karat jer yang sokong.
kalau nk contoh g arr kat sini.